My Blog List

Tuesday, 2 April 2013

Bercinta Jarak Jauh..


Mampukah kisah cinta jarak jauh bertahan?  Jika bercinta jarak dekat sekalipun belum tentu akan bahagia sepenuhnya. Malah ada yang lebih kerap bertengkar tiap kali berjumpa.. 


1. Manfaatkan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan    waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.


2.Perlulah kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang  Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya, boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digunakan sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.

3.Perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan berlaku curang. Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan.

4.Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan walau jarak sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.

5.Jika mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kita juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kita dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang…

*selalu matahari sy buat.. hehe.. thanx awk.. :) 

#copypasteedit#
~nurulfarihahusnaahmadharomain~ 

No comments:

Post a Comment